'Berkolaborasi' dengan Zain Arash sampai jejaka itu sanggup memberi cincin? Ingat bercinta ni sama dengan berbisnes? Peliknya Miya Adeena tidak sedar bagaimana boleh terpikat dengan lelaki itu.
"Tak baik marah-marah. Jom kita pergi masjid kat depan tu. Hari ini kita dirikan solat, siapa tahu hari lain kita dirikan masjid pulak!" ~ Zain Arash.
Begitu pun, Miya memulangkan cincin itu kerana mahu Arash menghantar rombongan rasmi. Malangnya sebelum jejaka itu tahu hal sebenar, dia terlibat dalam kemalangan. Adiknya, Haris meninggal di tempat kejadian sementara isterinya parah.
Empat bulan berlalu, tiba-tiba Miya menerima berita Arash berkahwin dengan bekas adik iparnya. Meskipun terluka, Miya reda dan memulakan kehidupan baharu. Namun, kehadiran jejaka ofis sebelah membuat dirinya libang-libu.
"Kenapa tak beri peluang kat saya dan hati awak, Miya? Kumbang bukannya seekor. Terlepas kumbang ladybird, kumbang badak ada kat depan awak ni..." ~ Khalif Zikri.
Saat kasih mekar di jiwa, lelaki lain yang hendak merisik, jejaka lain pula yang datang meminang. Benar, cinta itu umpama air yang boleh menghilangkan dahaga. Namun, pada masa yang sama bisa melemaskan!
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.