Dulu kita bertemu, kenangan pahit tercipta antara kita sehingga mencipta dendam dalam diri aku. Kini, siapa sangka kita ditakdirkan untuk berjumpa. Niat aku terpesong, kerana dendam aku berubah. ************************ "Helo." "Baru nak angkat. Saya telefon daripada tadi kenapa tak jawab?" "Siapa ni?" Tanya suara di hujung talian. "Takkan tak kenal suara bakal isteri sendiri." Menyindir! Perasaan benci tiba-tiba terbit dalam diri sebaik mendengar suara garau Hazrain. Kalau dengar suara sudah benci apatah lagi tengok muka. "Kau nak apa telefon malam-malam? Tak ada adab ke? Tak tahu orang nak tidur ke apa ke? Biadap betul!" "Cakap pasal adab, macamlah kau tu ada adab sangat. Perangai macam setan!" Tu dia. Jangan main-main dengan mulut Jasmin Fallina. "Apa masalah kau ni perempuan? Telefon nak cari gaduh dengan aku ke?" "Amboi garangnya." Telefon dijarakkan daripada telinga apabila mendengar jeritan Hazrain. Boleh pecah gegendang telinganya. Tapi puas juga hati dapat buat Hazrain melenting malam-malam buta. Hebat aku! "Saya nak jumpa awak." "Siapa kau aku nak kena jumpa?" "Okey macam ni. Jujur cakaplah. Saya tahu awak ada rancangan. Kalau tak awak tak akan beria-ria nak kahwin dengan saya. Cuma saya tak tahu apa rancangan awak. Tak nak share dengan apa saya rancangan awak?" Tutt... "Kurang ajar! Aku tak habis cakap dia dah letak. Jangan lupa vote⭐️
50 parts