HUTAN CRIPTONER didiami oleh satu suku kaum dari serigala putih. Mereka berjiran dengan suku Kaum Serigala Salji. Pada awal mulanya kehidupan mereka penuh dengan gelak ketawa dan saling bekerjasama sehinggalah ketibaan pada hari pertabalan ketua puak. Bomoh Migur telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang menyatakan salah satu kaum dari serigala salji akan melahirkan seorang anak perempuan di mana bila dia sudah besar ia akan menghapuskan Kaum Serigala Putih. Bomoh Migur telah bersepakat dengan ketua puak agar menghapuskan mana mana pasangan yang sedang sarat mengandung bagi menamatkan malapetaka itu dari berlaku. Pada masa yang sama juga jawatan tertinggi bagi Kaum Serigala Salji iaitu pemegang amanat azimat Kaum Serigala Salji itu yang kononnya mempunyai kuasa hayat abadi kepada si pemakainya, ingin dirampas oleh Bomoh Migur. Dalam diam diam dia sudah memasang niat jahatnya terhadap Kaum Serigala Salji dan dia menghasut pula ketua serigala putih untuk berperang dengan alasan tempat tinggal mereka itu sepatutnya dikuasai oleh seorang ketua sahaja. Pada malam yang tidak dapat dilupakan itu satu peperangan besar besaran yang telah dirancang secara senyap senyap oleh Kaum Serigala Putih telah berlaku di atas arahan jahat Bomoh Migur. Satu demi satu rumah dibakar dan mereka di tangkap lalu dibunuh tanpa belas kasihan. Apabila ini berlaku, isteri ketua puak serigala salji sempat melarikan diri dan azimat purba itu dibawanya bersama di atas arahan suaminya, Ziko. Walaupun terpaksa berpisah, kerana Ziko berasa kepercayaannya yang begitu mendalam terhadap Kaum Serigala Putih telah hancur berkecai. Dia juga terpaksa turut serta dalam peperangan itu asalkan isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan itu selamat.All Rights Reserved