My dear, Wahyu!

My dear, Wahyu!

  • WpView
    Leituras 494
  • WpVote
    Votos 21
  • WpPart
    Capítulos 4
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização sáb, mar 2, 2019
WpInfo
Ficção
Romance
Tentang Wahyu, suami aku yang diam, yang beku, yang sukar untuk aku tafsir isi hatinya. Tentang aku, isteri Wahyu yang mulai ragu dengan pilihan hati sendiri. Dulu, Wahyu pada mata aku ialah seorang lelaki yang cukup cool. Sebab hati aku tertarik dengan dia, aku yang terlebih dahulu melamar dia supaya menjadi suami aku. Mungkin tuah memang berpihak kepada aku, Wahyu sanggup melafaz akad, mengambil aku sebagai isteri dia. Ingatkan kalau berkahwin dengan pilihan hati sendiri, aku mesti akan bahagia. Tapi aku salah! 6 tahun menjadi isteri Wahyu, aku cukup makan hati dengan sikap Wahyu yang dingin. Wahyu berjaya patahkan kesabaran aku apabila dia tidak pulang ke rumah. Sangka aku, dia lari dari rumah! Rupa-rupanya, dia pergi ke Venice untuk menyertai ekspo kesenian. Aku dah mula rasa yang aku ni tak berguna pun sebagai isteri Wahyu. Dahlah anak pun tak ada! Wahyu pulang sahaja dari Venice, aku terus meminta Wahyu menceraikan aku. Permintaan aku ditolak mentah-mentah! Kata Wahyu, kalau aku diceraikan pun, tak ada sesiapa yang nak berkahwin dengan aku. Aku peduli apa, selagi aku tak dengar Wahyu cakap yang dia sayangkan aku, selagi itulah aku akan terus tawar hati dengan dia. Tapi itulah, hati aku ni cukup kuat ke nak menahan diri daripada berasa kasihan terhadap Wahyu? Entah-entah tak sampai sebulan, aku dah kembali ke sisi dia!
Todos os Direitos Reservados
#28
malayshortstory
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Nuh's Secret Wife [C]
  • Satu Dalam Sejuta (Completed)
  • Jagalah Hatinya
  • Janji Setia Padamu (Completed)
  • Kali Kedua
  • Tunang Untuk Dua Bulan [c]
  • Dialah Di Hati (CERPEN)

"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mempunyai pasangan hidup berbanding dirinya. Sikit pun Nuh tak heran. Tapi disebabkan desakan Nenda Asiah pula yang membuatkan Nuh tertekan. Asal balik kerja tanya soalan yang sama sehingga Nuh penat beralasan yang sama dan Nenda Asiah juga muak mendengar alasan yang sama. Sampaikan Nenda Asiah terpaksa mengugut cucunya itu. "Nuh cakap Nuh tak kisah kan soal jodoh Nuh? Apa kata nenda kenenkan Nuh dengan Maleeka?"-Nenda Asiah Crapp!! Nak terpisah roh dari badan bila mendengar sebaris nama yang meniti di bibir nendanya. Nuh geleng kepala dibuatnya. "Cik bunga tolong aku cik bunga"- Nuh "Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?"-Nur Calla Nak taknak, Nuh terpaksa bersetuju. Namun satu hal sudah selamat, timbul lagi satu hal pula. Itulah pepatah dah cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar masalahnya. "Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka..." "Kalau susah sangat dato' nak deal dengan nenda, kita cer-" "Diamlah! Jangan cakap pelik-pelik lagi!"

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo