50 parts Complete Under Tengku Series 𝐈𝐈
SPIN-OFF DIA BIDADARIKU
𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐐𝐀𝐘𝐑𝐀𝐄𝐋 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐍 - Hampir lima tahun menetap di Australia disebabkan pengajiannya di peringkat PhD, baru hari pertama menjejakkan kaki ke negara asalnya, dia sudah ditimpa kemalangan yang tanpa diminta terjadi.
"Mata bukan main cantik, tapi sayang letak kat kepala lutut. Aku yang besar gedabak ni tak nampak?" Hambur lelaki itu kasar.
𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐀𝐍𝐍𝐀 - Seorang gadis berkacukan Itali itu sememangnya menjadi sasaran utama buat para lelaki yang menginginkan teman wanita kerana rupa parasnya. Lelaki umpama kacang ditangannya sehingga takdir mempertemukan dia dengan seorang jejaka bermata hazel yang sukar untuk didekati.
"Heyy! Awak yang jalan tak tengok belakang depan! Lain kali kalau dah tahu diri tu mengalahkan gajah, tengoklah kanan kiri!" 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐀𝐍𝐍𝐀.
Pertemuan mereka singkat, tetapi memori itu yang berharga, apa yang berlaku harini takkan mungkin sama dengan hari esok. Dan disebabkan itu mereka berdua menikmati waktu yang ada untuk bergaduh dan mencipta memori indah.
Untuk menghalalkan mudah, tetapi untuk mengecapi bahagia itu sukar tatkala si ibu tiri mula mengambil bahagian dalam kisah mereka.
Bahagia yang dulunya mereka rasai perlahan - lahan ditarik sedikit demi sedikit tanpa sempat mereka mengucapkan selamat tinggal.
"Kalau itu yang Dea nak abang tak kisah, tapi jangan datang semula pada abang." 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐐𝐀𝐘𝐑𝐀𝐄𝐋 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐍.
Mampukah mereka mengenal erti bahagia itu sekali lagi?
Atau bahagia yang mereka kecapi itu hanyalah sementara?
"Bahagia bukan tentang bersama, tetapi tentang rasa. Kalau bersama tapi tak bahagia tiada guna juga." 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐃𝐄𝐀𝐍𝐍𝐀.