🌸 BLURB AKULAH SI HEROIN! 🌸
Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka.
"Kau memang merenglah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi Mental," - Alif Haziq "Kau? Bidadara? Ha. Ha. Ha. Raksasa, iyalah kut!" - Aliya Jasmine
Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.
"Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - Alif Haziq "Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - Aliya Jasmine
Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak. Namun apabila satu peristiwa hitam berlaku dan Haziq muncul sebagai pelindung dan penyelamat, Aliya tidak dapat menolak lagi.
Di saat hati disapa bahagia dan mulai menerima satu sama lain, ada pula insan menaruh cemburu. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq.
"I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku ataupun tidak?" - Alif Haziq "Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - Aliya Jasmine
Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudahpun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?