Bukan takhta yang dikejar, tapi hati wanita itu yang mahu ditakluki.
Bunga Jelita - Tidak pernah memasang impian untuk menjadi sebahagian daripada kerabat diraja. Namun, apabila dia diheret ke dalam proses pemilihan calon isteri Putera Mahkota, takdirnya berubah sekelip mata.
Faleq Al - Haq - Sang Putera Mahkota yang jatuh hati pada pandangan pertama sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Bunga menjadi milik sepenuhnya.
"Masalahnya saya tak nak mata tu! Saya tak nak mata banyak - banyak!" - Bunga
"Tak nak mata? Awak ni pelik betul. Semua orang nak menang, nak jadi isteri Putera Mahkota." - Faleq
Lama-kelamaan, kedinginan Bunga mencair. Keikhlasan Faleq perlahan - lahan merawat hatinya, lalu membenarkan kebahagiaan mula bertunas di balik tembok istana.
Namun, kebahagiaan di dalam istana tidak pernah bertahan lama. Apabila Tuan Omar, Menteri Perang yang juga ayahanda Bunga, dituduh berkomplot dengan musuh untuk menyerang kerajaan. Bunga yang tidak bersalah menjadi mangsa percaturan politik. Di bawah telunjuk kekuasaan Raja Fateh dan kedinginan Permaisuri Khadijah, Bunga diheret ke medan hukuman.
Faleq berlari memintas waktu demi menyelamatkan cintanya, namun semuanya sudah terlambat. Sebuah raungan duka memecah langit malam apabila perpisahan pahit terpaksa ditelan.
Bertahun - tahun berlalu, Faleq kini bukan lagi putera muda yang tewas pada takdir. Melainkan seorang Raja yang kini berdiri teguh memimpin kerajaan Berluna.
Di mata rakyat, Faleq ialah Raja yang mereka banggakan, tegas, adil dan tidak gentar menentang mereka yang menindas.
Namun bagi golongan korup, Faleq ialah Raja yang kejam. Tiada pangkat mahupun kekayaan mampu menyelamatkan mereka. Jika kesalahan terbukti, hukuman akan dijatuhkan tanpa belas kasihan, bahkan nyawa sekalipun bukan pengecualian.
Dalam kematangan dan parut luka yang belum sembuh, takdir memainkan peranan sekali lagi. Dia diketemukan dengan seorang perawat wanita yang terlalu mirip dengan isterinya, Bunga.
Todos os Direitos Reservados