Ini kisah panjang seorang lelaki bergelar suami yang memiliki semuanya. Dia ada isteri dan seorang anak perempuan serta memiliki kedudukan yang baik dari segi kewangan. Namun, kasih sayang dan cintanya berbahagi dua.
IDZMIR ~ "Kalau betul Za cintakan abang, tentu Za sanggup bersabar dengan keadaan kita sekarang. Abang janji akan kahwin dengan Za bila tiba masa sesuai. Cuma, Za bagilah abang sikit masa untuk pujuk Kak Shila. Abang yakin dia dapat terima Za."
Kehadiran Aiza mencelarukan hidupnya seketika. Shila nekad meninggalkannya apabila rahsia kecurangannya terbongkar.
SHILA ~ "Tolong bagi sikit ruang untuk Shila tenangkan diri. Niat abang nak kahwin dengan perempuan tu, bukan senang Shila boleh terima. Abang kenalah faham perasaan Shila. Kalau abang dah tahu penerimaan Shila macam ni, kenapa abang berani curang dan bodohkan Shila sesuka hati? Kenapa abang tak fikir panjang?"
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat menyanyangi adiknya, Muhammad Haider Zulkarnain.
Lelaki yang ingin disatukan itu pula merupakan merupakan Kapten kepada kumpulan Black Shadow iaitu Kapten Muhammad Ghazi Al Quds serta memerangkap sahabat baik Haider.
Setelah disatukan Hayfa menyangka kebahagiaan yang bakal datang namun derita yang diperolehnya.Apakan daya dia hanya menantu hendak menghalang sifat kebencian yang tinggi mak mertua terhadap dirinya.
Dia rela.
Dia terima.
Kehidupan Nur Hayfa Zinnirah tidak pernah bahagia seperti orang lain setelah kematian kedua orang tuanya. Hidupnya banyak menderita.
Allah menurunkan ujian kepadanya dan dia pula sebagai hamba sentiasa yakin dan percaya setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah dan kebahagiaan untuk dirinya pada masa akan datang.
Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Percaya dan yakin dengan Allah cukuplah sekadar tujuan kita hidup di dunia yang kecil ini.
Mampukah seorang Nur Hayfa Zinnirah menjadi seperti keindahan namanya?
Mampukah Muhammad Ghazi Al Quds melindungi dan menjanjikan kebahagiaan buat wanita itu?
Mampukah Muhammad Haider Zulkarnain menjaga adiknya?
Mampukah Nur Haiza Al Syifa menjadi seorang sahabat yang sentiasa mempertahankan sahabatnya?
Sesungguhnya kemampuan itu datang daripadaNya. Dan percayalah jika seseorang itu sudah mempunyai tekad dalam diri,dia akan mampu untuk melakukan perkara yang menjadi tujuan mereka kepada seseorang itu dengan izin-Nya.