Slow Update | 𝐑𝐚𝐚𝐞𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲𝐚𝐡: 𝐇𝐞𝐫 𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝
𝐑𝐚𝐚𝐞𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲𝐚𝐡 𝐟𝐭 𝐎𝐫𝐤𝐞𝐝 𝐌𝐚𝐲𝐬𝐚𝐫𝐚
"Kenapa awak boleh berubah mendadak? Awak yang dulu bukan macam ni." - Orked Maysara
Dia pernah menjadi mimpi buruk Maysara satu ketika dahulu. Tapi hari ini... dia hadir sebagai pelindung, berdiri di hadapan Maysara dengan wajah yang sama, namun hati yang jauh berbeza.
"Kenapa? Salah ke, manusia boleh berubah, Orked?" - Raaes Arasyah
Ucapannya tenang, pandangannya jujur. Tiada lagi usikan nakal seperti dulu, yang tinggal hanyalah lelaki yang memandangnya seolah dia dunia.
Pertemuan mereka bukan kebetulan. Ia takdir yang tersusun cantik - dimulakan dengan satu kejutan yang tidak disangka.
"What?! Siapa yang masuk meminang Sara?"
Tiada angin, tiada ribut... nama Orked sudah pun menjadi milik seseorang. Lamaran diterima oleh keluarga, tanpa bertanya pada sang gadis terlebih dahulu.
"Kawan lama papa. Anak dia berkenan dengan kakak. Lagipun budak tu bagus orangnya."
Dan bila nama itu disebut... hati Maysara hampir luruh.
Raaes Arasyah.
Lelaki dari masa lalunya.
Kini, bakal masa depannya?
Dia tidak tahu bagaimana mahu merasa. Tetapi yang pasti, hatinya tidak menolak.
Kerana jauh di sudut hati...
Raaes bukan lagi kenangan pahit.
Dia mungkin satu peluang baru - untuk cinta yang manis.
Beautiful coverbook by RNoricha09
Warning⚠️
Typo everywhere!
Cliche n cringe
Read Elviyra Mikael First!