Malika Sasuria ialah seorang anak gadis dari suku kaum yang telah lenyap iaitu suku Teratai Salju. Ketika usianya enam belas tahun, bondanya telah melarikan diri ke Deragon. Malika ditinggalkan di Amania. Rakyat Amania menganggap bondanya sebagai pengkhianat negara. Tohmahan masyarakat terhadap bondanya menyebabkan Malika tumbuh menjadi seorang gadis yang dingin. Demi mencari kebenaran di atas pemergian bondanya, Malika bertekad untuk menjadi pahlawan wanita yang hebat dan berani. Malika menyertai kejuaraan Seni Bela Diri. Ketika menjalani latihan spiritual dan fizikal secara persendirian, Malika bertemu dengan seorang lelaki bertopeng perak yang sering menemaninya berlatih ilmu pedang. Tanpa mengetahui latar sebenar lelaki itu, Malika telah jatuh cinta. Dapatkah Malika menemui bondanya? Siapakah ayah kandung Malika? Mampukah Malika menerima Amarilis?