Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis kampung yang mengharungi pelbagai cabaran hidup sesudah dewasa. Seorang anak nelayan yang mencari kasih seorang ayah dalam diri seseorang disamping ketiadaan ibu tersayang di sisi. Perjalanan hidupnya dalam mencapai kebahagian akhirnya menemukan dia dengan sesuatu episod kehidupan yang dia sendiri tidak menjangka. Benar, jodoh itu rahsia Allah. Bahkan dia tidak tahu apa kesudahan episod cintanya dengan seorang doktor yang diragui keikhlasan hatinya. Namun, tidak semua yang dijangka menemui pengakhiran yang seperti diharapkan. Gadis ini, mencari laskar pelanginya.
1 part