Dia mempunyai segalanya. Harta, pangkat, darjat dan rupa. Namun satu sahaja yang masih dia perlukan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini... Cinta! Ya cinta. Bagi Dyan Anissa, cinta itu jatuh ketempat keempat selepas keluarga, kerjaya dan lain-lain. Sebut pasal cinta. Boleh haru biru jadinya. Bukan dia tak laku, tapi dia yang tak mahu. Setelah puas dipujuk rayu oleh kedua ibu bapanya, baru Dyan bersetuju untuk diperkenalkan dengan anak kenalan papanya. "Hai my name is Hariz Ilham. You can call me sayang"~ Hariz Ilham "Erkk. Takpe lah. Susah-susah je. Daripada I panggil you sayang. Better I panggil you bangang"~ Dyan Anissa Pertemuan kembali dengan Uzayr Shah telah menghidupkan kembali episod cinta yang pernah terputus ditengah-tengah jalan. Dia lelaki yang pernah membuatkan hari-hari Dyan menjadi bermakna. Bersama si dia, Dyan mempelajari erti bahagia dan merana. Dan bagaikan mimpi. Lelaki itu kembali tercongok dihadapannya! "Kau boleh tolong aku?"~ Dyan Anissa "Tolong apa?"~ Uzayr Shah "Jadi suami aku"~ Dyan Anissa "Hah?!"~ Uzayr Shah Setelah bibit-bibit bahagia muncul, ada saja halangan yang datang menimpa. Yang lagi parah, mereka perlu membuat keputusan untuk bersama mahupun berpisah. Dyan Anissa tak mahu. Dia tak mahu kehilangan lelaki itu untuk kali kedua. Namun takdir telah tertulis. Sebagai manusia. Dia hanya menerima.All Rights Reserved
1 part