Cantik. "Beauty lies in the eyes of the beholder," kecantikan itu terletak pada mata yang memandang. Bagaimana pula dengan kecantikan yang menjadi sumpahan? Sarah kehilangan adiknya, yang mana mayatnya ditemui di dalam sebuah beg. Bersama mayat adiknya, ditemui juga mayat beberapa gadis yang dilaporkan hilang sebelum ini. Persamaan antara mereka? kesemua gadis itu pernah pada satu ketika memenangi anugerah wanita tercantik di kawasan mereka. Kedukaan kehilangan adiknya menyebabkan dia terasa separuh dirinya hilang. Setahun selepas itu dia bangkit semula. Mencari kerja di sebuah bandar asing di mana dia bertemu dengan tiga orang lelaki yang berbeza karakter. Harriz, ketuanya. 'Player'. mainannya adalah hati wanita Irfan, jiran sebelah rumah. Duda anak satu. Seorang pereka fashion. Sering melihat Sarah dari jauh dengan diam-diam. Darwish, Pegawai polis yang merasakan bahawa pembunuh wanita-wanita cantik ini masih bebas bekeliaran. apakah kaitan antara sarah dan ketiga-tiga mereka? adakah pembunuhnya adalah seorang yang cantik yang ingin terus menjadi yang tercantik? adakah pembunuhnya antara ketiga-tiga lelaki yang Sarah kenali? Persoalannya kini is the beauty killer a beast disguised as a beauty? Cover by cici aida