" Aku ceraikan kau dengan talak 1 " aku terkaku. Apa salahku? Kenapa nasib aku begini? Air mata yang gugur ku biarkan saja , lemah lutut ku untuk melangkah pergi. Aku berpaling menghadapnya berharap agar dia menghalangku namun dia hanya berdiri kaku dan wajahnya muak melihat diriku. " Saya minta maaf atas semua salah saya kepada awak , terima kasih kerana sanggup ambil saya sebagai isteri awak hanya seketika. Halalkan segala makan minum yang awak dah bagi dekat saya. Dan halalkan kasih sayang yang awak curahkan kepada saya. Saya tak layak di sisi awak. Harap awak jangan menyesal dengan apa yang awak dah buat sekarang. Saya pergi dulu , assalamualaikum. Dengan berat hati aku tinggalkan rumah yang telah menyaksikan momen-momen indah antara aku dengan dia. Selamat tinggal Adam Haikal.
Namun di sebalik kisah cinta Dhia Rhiana bersama Adam Haikal ada sebuah kisah cinta yang masih belum terungkap di antara Ahsan Iskandar dengan Nia Athirah , " awak jom kawin? " Ahsan melihat Nia dan perlahan senyuman paksa terukir , ' saya mintak maaf Nia hati saya masih sayang pada yang lain. ' setelah hubungan yang dibina pada mulanya atas dasar cinta akhirnya bertukar duka apabila si isteri mengetahui bahawa cinta suami bukan untuk dirinya dan mampukah si isteri bertahan? Mampukah si isteri mengekalkan cinta di hatinya buat suami yang menyimpan cinta untuk insan lain? " Ahsan saya rasa sampai sini je lah hubungan kita. Saya tak mampu nak suruh awak cintakan saya. Saya minta maaf. Saya pergi dulu. " dan di saat si isteri meminta perpisahan baru muncul cinta di hati suami. " Adil ke awak buat saya macam ni? " semua nya bakal terlerai di dalam Hatiku Milikmu ❤️