Ariana seorang gadis nakal, cantik,periang dan seorang yang baik berubah sekelip mata disebabkan satu tragedi yang menimpa dirinya. Kini Ariana menjadi seorang yang pemarah, degil, keras kepala, sering dihantui dgn masa silam dan hasat dengki kwn baiknya. Tragedi yang menimpa dirinya mengubah hidup Ariana 360• berbeza dari sebelum kejadian itu, membuatkan kedua ibu bapa Ariana risau akan keadaan dirinya kerana dia lebih taat dan patuh kepada kwn baiknya berbanding kedua org tuanya. Pertemuan dengan Zafran yang diatur oleh kedua org tua Ariana mengubah segalanya. Zafran seorang pemuda yang baik. Perhatian yang Zafran berikan sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam atas diri Ariana. "Saya akan cuba bantu awak untuk pulih, dan ingat saya balik" "ingat awak balik? " Sikap Zafran yang lemah lembut membuatkan Ariana keliru dengan perasaannya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti apa yang dia alami, sekejup marah, memberontak, meracau dah seperti org gila namun Zafran tetap ada disisinya memberikan semangat seperti mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Ariana tidak mengerti mengapa dia terlalu takut dengan kwn baiknya sendiri Sarah. Setiap kali Sarah menghubunginya ada sahaja yang tak kena. Sering kali dirinya dimarahi Sarah namun Ariana hanya diam kan diri dan ikut sahaja kemahuan Sarah. Kadang2 dia berasa dirinya hanya kuli Sarah. Mahu sahaja Ariana bertanyakan hal itu kepada Sarah namun ketakutan menguasai diri. Dia tidak berani mahu melawan Sarah. Siapa Sarah sebenarnya? Siapa Ariana kepada Zafran? Apa yang berlaku kepada Ariana? Nak tahu dipersilakan baca.All Rights Reserved
1 part