[COMPLETED BUT UNDER MAJOR EDITING]
⚠️ MATURED CONTENT/LANGUAGE
Tengku Khalid,
Nama seindah tuannya.
Kacak dan bergaya, antara jutawan terkenal di Malaysia. Siapa tidak kenal Tengku Khalid?
Memiliki pandangan dingin yang mampu meragut banyak jiwa.
Di sebalik, sifat dingin dan tidak berperasaannya. Dia memiliki seribu satu perkara yang disorokkan dek kerana takut akan masa lampau, dia takut jika kejadian lama akan berulang kembali.
Nadirah Husna,
Gadis yang berasal dari keluarga sederhana. Ceria dan periang.
Namanya secantik tuan badan.
Baru pulang bertemu dua sahabat baiknya, dia dikejutkan berita dengan pinangan dari seseorang. Hendak lagi pinangan tersebut datang dari keluarga Tengku?
Mimpi? Tidak sama sekali.
Pinangan tersebut cuba ditolak tetapi dek kerana harapan tinggi abahnya iaitu Encik Nazmi kepadanya membuatkan Nadirah berkorban. Pinangan tersebut diterima meskipun rasa cinta tidak ada buat si lelaki dingin.
Nadirah cuba mengenal hati budi Tengku Khalid kerana dia percaya pada pepatah yang dikatakan oleh Mak Jah bahawa "Tidak Kenal Maka Tidak Cinta."
Semuanya berubah tatkala Nadirah perlahan-lahan jatuh suka pada Tengku Khalid dek kerana layanan lelaki itu yang kadang-kadang dingin namun terlihat prihatin padanya. Apa sahaja yang dia mahukan pasti akan dituruti oleh Tengku Khalid.
Muncul Tengku Hana membuatkan Nadirah tidak senang duduk. Layanan mesra Tengku Khalid kepada gadis itu membuatkan Nadirah diulit perasaan cemburu.
"Antara Tengku Hana dan kau, siapa lagi berhak?"
Misi mengoda suami bermula, sisi ulat bulu Nadirah keluar. Tengku Khalid berkerut dahi melihat perangai gedik Nadirah.
"Awak tahu apa beza awak dengan ubi? Ubi tu diam-diam berisi, awak tu diam-diam saya jatuh cinta."
"Kalau Adam dengan Hawa tercipta bersama, awak pula diciptakan untuk bersama saya."
Namun saat bahagia muncul, muncul orang yang hendak memusnahkannya. Perkara yang ditakutkan Tengku Khalid terjadi.
"Tolong ceraikan saya, abang?"
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi