Bayangan di Balik Tabir (By Andika Ilham)
22 parts Complete Arman Jauhari, seorang pengarah filem yang pernah gemilang, kini hampir tenggelam ditelan kegagalan. Satu hari, dia menerima skrip misteri berjudul Langit Kota Sirna daripada seorang lelaki bertopi fedora hitam - skrip yang sudah diharamkan selama 50 tahun kerana dikatakan 'subversif'.
Dengan syarat pelik: jangan ubah satu huruf pun, produksi bermula, melibatkan Melur, seorang kurator arkib yang penuh rahsia, dan Ilham, penulis skrip yang obses dengan misteri.
Semakin jauh mereka menyelami skrip itu, semakin nyata perasaan ngeri membungkus mereka:
Apa yang mereka rakam bukan sekadar filem.
Apa yang mereka tonton bukan sekadar cerita.
Apa yang mereka HIDUPI... mungkin tak akan membenarkan mereka keluar.
Dan di akhir segalanya, mereka akan sedar - setiap babak, setiap bingkai, sudah ditulis... oleh seseorang yang sedang memerhati.