BAGAIKAN PATUNG
  • Reads 566
  • Votes 5
  • Parts 1
  • Time 14m
  • Reads 566
  • Votes 5
  • Parts 1
  • Time 14m
Ongoing, First published Feb 26, 2019
Aazeen sedar hidupnya tidak akan sama lagi. Jalan dihiasi kelopak bunga ros yang diidamkannya, terselit penuh duri tajam.

-

AAZEEN SOFIA,17, bukanlah seorang pelajar sempurna. Biarpun dia cemerlang akademik, itu bukanlah penanda aras yang menunjukkan bahawa dia cerdik. Kisah pahitnya bermula apabila dia mengalami reaksi alergi di sebuah restoran makanan laut dan cuba menyaman restoran tersebut. Tidak cukup dengan itu, dia membuli pekerja yang bertanggungjawab dalam insiden itu, Fitri Nadhirah sehingga Fitri mengalami PTSD. Perbuatan terkutuknya itu menembungkan Aazeen dengan Syahir Tharwan, salah seorang rakan baik Fitri.

Syahir Tharwan merupakan kawan baik Fitri. Dia membesar bersama Fitri dan menganggap gadis lurus bendul itu seperti adiknya sendiri. Maka, apabila insiden Fitri hinggap ke telinganya, dia berdendam dengan Aazeen. Dia bersumpah akan membalas kembali segala kejahatan Aazeen seperti mana yang diperlakukan kepada Fitri. Bagai bulan jatuh ke riba, Syahir mendapat peluang itu apabila dia menangkap Aazeen di sebuah kelab malam. Syahir bersetuju untuk merahsiakan hal itu, dengan syarat Aazeen terpaksa menjadi mangsa buli Syahir. Aazeen hanya mampu akur dan merelakan.

Perbuatan Syahir dihidu oleh Ketua Pengawas Sekolah, Dayyan Hafiz yang merupakan kawan sekelas Aazeen. Sementara orang lain berdiam diri, Dayyan menyiasat hal yang sebenar ke akar umbi. Namun, dia diserong oleh rakan-rakan Aazeen sendiri, Queenie Chen dan Alissa Betty. Misinya tergendala akibat terjerut dalam perangkap dua sekawan itu. Akhirnya, apabila dia mulai sedar akan permainan Queenie dan Alissa, Aazeen sudah membuat keputusan tragis.

Aazeen cuba membunuh diri.

Konflik bertambah dengan masa. Queenie dan Alissa tidak senang duduk melihat Aazeen bernafas. Syahir pula tersekat dalam dilema antara Fitri dan Aazeen manakala Dayyan semakin hampir dalam menyelesaikan teka-teki Aazeen apabila dia dikejutkan dengan watak baharu, Maisarah Rashid.

Aazeen Sofia Bagaikan Patung.
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add BAGAIKAN PATUNG to your library and receive updates
or
#192trianglelove
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
𝗝𝗮𝘆𝗿𝗶, 𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝘁𝘆𝗮 𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗲 (On Going)  cover
Lucent cover
When Rivals Fall  cover
The Games We Play cover
The Unseen Pain cover
Sidelined (The QB Bad Boy and Me) cover
Against the playbook ( gxg intersex ) cover
My Lovely Life  cover
Play The Part (Player Next Door Book 3) cover
Silent Scars cover

𝗝𝗮𝘆𝗿𝗶, 𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝘁𝘆𝗮 𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗲 (On Going)

40 parts Ongoing

𝗛𝗜𝗜 𝗧𝗛𝗜𝗦 𝗜𝗦 𝗠𝗬 𝗙𝗜𝗥𝗦𝗧 𝗦𝗧𝗢𝗥𝗬 𝗣𝗟𝗘𝗔𝗦𝗘 𝗘𝗡𝗝𝗢𝗬 𝗠𝗪𝗔 𝗮𝗹𝘀𝗼 𝘁𝗵𝗲 𝗺𝗼𝗿𝗲 𝘆𝗼𝘂 𝗿𝗲𝗮𝗱, 𝘁𝗵𝗲 𝗺𝗼𝗿𝗲 𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗴𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗼! 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗼𝗽𝗶𝗻𝗶𝗼𝗻:> (still making)