KERANA KAU ISTERIKU
  • Reads 3,141
  • Votes 35
  • Parts 5
  • Reads 3,141
  • Votes 35
  • Parts 5
Ongoing, First published Mar 12, 2019
iga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. 

Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.

"Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?" - HANUM

Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah.

"Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena 'kerjakan' Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat." - HAJI LAMIN

Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!
All Rights Reserved
Sign up to add KERANA KAU ISTERIKU to your library and receive updates
or
#100kehidupan
Content Guidelines
You may also like
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) by msroses_
41 parts Complete
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
You may also like
Slide 1 of 10
TUANKU HANA ✔️ (TERBIT) cover
GHAZI UQAYL cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) cover
Duri di antara kita | OG cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓  cover
Kerana Dendam cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
Leo's Addiction  | Completed  cover

TUANKU HANA ✔️ (TERBIT)

25 parts Complete

(COMPLETE)