Aku panik. Saat dan ketika itu juga kaki ini bagaikan tidak mahu berfungsi. Langkahku mati di situ sedangkan makhluk itu semakin menghampiriku. Untuk bersuara juga aku tidak mampu. Nafasku tersekat-sekat. Aku melihatnya dengan jelas kerana dia sudah berada begitu hampir denganku. Wajahnya yang buruk. Baunya yang busuk. Apa yang dia mahu dari aku? desisku dalam ketakutan yang teramat. Dia semakin menghampiri,dan aku melihat tangannya ingin mengapai leherku. Aku memejamkan mataku mengharapkan semua ini adalah ilusi semata.All Rights Reserved