18 bahagian
Sedang Ditulis Series 2
Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya.
.
5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpasnya Organisasi Hitam, mereka sangka semuanya berakhir namun semuanya silap.
"Kita perlukan Red!" - KAPTEN HANIF
"Saya kena balik Wais, demi rakyat kita yang tersekat di sana." - SITI MARWAH
"Bawa saya sekali dalam misi ni." - WAIS AYDEN
Mereka akhirnya dipertemukan kembali kerana misi baharu iaitu memburu Khalid. Siapa Khalid? Dan mengapa lelaki itu harus menyekat rakyat mereka yang bekerja di Marib, Yaman.
"Kerana kita bukan Nabi." - KHALID
Berkelana ke tanah arab demi memburu Khalid dan tujuannya. Namun mereka silap, yang Khalid mahukan bukanlah rakyat mereka. Tetapi mereka.
"Wais Ayden sudah sampai ya?" - KHALID
Dan detik itu, masih ada jalankah untuk mereka? Adakah Marwah mula menyesal meninggalkan anak-anak mereka? Bagaimana jika hubungan suami isteri retak sewaktu misi ini?
"Demi Allah Marwah! Percayalah!" - WAIS AYDEN
"Jangan bermain sumpah, Ayden." - SITI MARWAH
Atau mungkin, Salah satu dari mereka pergi dahulu? Semuanya bakal terbongkar.
"Allah.. Allah, tolong jangan lagi." - WAIS AYDEN
Kerjaya atau Keluarga?
***
Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.