Aleshya Rose, sebut sahaja namanya, pasti warga di kelab tahu dan kenal orangnya. Memiliki wajah yang cantik bak bidadari, badan yang menjadi igauan para jejaka..Siapa sahaja yang tidak mahu bukan? Tetapi, satu sahaja.. dia bukan gadis yang seperti di luar sana. Bukan juga gadis yang patut dibuat isteri dan menantu. Siapa sahaja mahu gadis yang suka berfoya foya dengan dunia? Keluar tiap tiap malam dan berakhir dengan balik pada pukul dua ke tiga lebih. Mahu dibuat isteri? Jauh sekali.
Dia bukan seperti adik kembarnya, Hannan Rose yang bagus dari segi akhlak, agama, bertudung, baik budi pekerti, hormat orang tua, merendah diri dan yang paling penting sekali solat tidak pernah tinggal. Dia dengan Hannan? Jauh sekali walaupun Hannan itu kembar beza 7 minit darinya. Baginya, kelab malam adalah rumah keduanya selain rumah yang dihuni oleh ibu bapanya. Kebahagiaan yang berada di dalam kelab itu sungguh mengasyikkan. Kadang kadang, dirinya juga akan merempit bersama rakan rakan rempitnya.
Hidupnya betul betul bahagia sampaikan ibu bapanya mengambil tindakan untuk kahwinkan dirinya dengan anak kepada kawannya. Nonsense? Ya itu yang Aleshya Rose fikirkan. Siapa sahaja yang mahu berkahwin pada usia yang muda? Pada usia dua puluh dua tahun? Eyuks, kahwin ada lah perkara yang terakhir dia mahu lakukan, bertambah lagi dengan kahwin dengan orang luar.
Ei tak nak!
"Kau sanggup terima aku?" -Aleshya Rose
"Ya, saya sanggup." Furqan Haqiem
"Walaupun aku ni bekas orang?" Aleshya Rose
---
nanos5
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.