Ini kisah tentang sebuah pengembaraan masa. Cerita tentang cinta 2 kekasih yang berlainan zaman. Tetapi tetap utuh sehingga mampu menggoncangkan sejarah. Ramai yang mengetahui tentang cerita terkenal seorang sultan yang membelah perut seorang wanita yang sedang hamil gara-gara nangka seulas. Namun ramai yang tidak tahu cerita disebalik kejadian itu. Ada yang menganggapnya dongengan semata. Ada yang mengganggap ianya satu sejarah yang benar-benar pernah berlaku satu ketika dahulu. Kisah tragis Adlina yang tiba-tiba pulang ke masa lampau. Dia kemudiannya dikenali dengan nama Dang Anum cuba menidakkan sejarah. Namun jika itu yang telah digarap Tuhan, seribu kudrat menghalang pun ianya akan tetap terjadi. "Kau tahu aku siapa? -Adlina "Mungkin saja tuan hamba seorang insan dari sisi dunia yang lain." -Laksamana Bentan =================================================== Cerita ini hanyalah rekaan semata mata. Sekiranya terdapat sebarang persamaan ianya adalah secara tidak sengaja.