14 parts Complete [ completed, short story ]
Setiap orang pasti punya hajat. Ada yang mahu jadi kaya. Ada yang mahu bahagia.
Tapi Aizawa Harin, gadis kacukan Korea-Jepun, hanya punya satu harapan untuk membetulkan semuanya. Untuk menyelamatkan satu nyawa yang paling dia sayangi.
Kim Minhee, atlet kesayangan sekolah, ceria, penyayang dan kekasihnya yang sudah tiada.
Hari jadi Minhee sepatutnya hari yang menggembirakan, tapi ia menjadi permulaan segalanya musnah. Setelah bertahun menyimpan kesedihan, Harin menemui semula kamera lama milik Minhee yang menyimpan lebih daripada sekadar gambar. Ia menyimpan masa.
Setiap gambar yang dibakar membawanya kembali ke hari-hari penting dalam hidup Minhee. Harin diberi peluang untuk mengubah masa lalu, satu gambar pada satu waktu.
Namun, setiap perubahan datang dengan harga. Jika kau sentuh masa lalu, masa depan pun akan berubah.
Dan ada sesuatu, atau seseorang yang tidak mahu Harin membetulkan kesilapan itu.
Adakah Harin sanggup korbankan masa depan untuk menghidupkan masa silam?
Atau adakah dia akan terperangkap selamanya dalam memori yang dia cuba ubah?
( inspired by blue birthday )