5. Mr. Right
  • ЧИТАТЕЛЕЙ 122,425
  • Всего голосов 9,100
  • Части 100
  • ЧИТАТЕЛЕЙ 122,425
  • Всего голосов 9,100
  • Части 100
Завершенная история, впервые опубликовано апр. 16, 2019
Nak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan?

Kan?

Ke main tangkap muat je

Ke asal handsome berduit.....jalan

Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on

See

Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut

So yang mana dia kena pilih?

Get back balik dengan ex-boyfriend yang tinggalkan dia?

Atau bersama dengan anak kawan baik papa dia?

Atau pilih si pembuli yang sukakan dia sejak tahun pertama lagi?

Atau kawan baik dia yang dah tersukakan dia tanpa sedar?

Yang mana satu akan jadi Mr. Right dia?


April 2019
Все права защищены
Оглавление
Подпишись, чтобы добавить 5. Mr. Right в свою библиотеку и получать обновления
или
#364friendship
Руководство по содержанию публикаций
Вам также может понравиться
Hati Yang Tersakiti (Complete)  от lavenderyana
53 Части Завершенная история
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
7. Forever I'm For Yours от TintaHitamTanpaArah
56 Части Завершенная история
Apa perasaan kita kalau orang yang kita suka dan sayang tu kahwin dengan kawan baik sendiri? Patut kita diam atau rampas? ********************* "Ada sesuatu telah berlaku ke?"tanya Reyna dengan renungan dingin tanpa emosi dia. Yuan jeling ke Reyna. "Awak tanya kenapa dengan saya?"soal Yuan dengan berang. Reyna hanya berdiri di situ memerhati wajah Yuan. Tak kira la waktu marah waktu senang Yuan tak pernah tak buat Reyna terkesan dengan rupa yang dimiliki oleh lelaki itu. "Ya...saya ada buat salah apa-apa ke?"balas Reyna. "Saya ingatkan saya dah beritahu Killian supaya jauhkan diri dari awak?Still saya dapat tahu awak keluar dengan dia?Tak cukup dengan tu..awak keluar dengan mereka berempat?"soal Yuan sambil tunjukkan tangan ke arah pintu kaca di belakang Reyna. Reyna mengedipkan mata dua kali sebaik mendengar kata-kata itu. "Awak luangkan masa dengan mereka sampai lupa tugas awak dekat sini...di sisi saya..untuk syarikat ni..awak ingat saya tak tahu ke yang awak luangkan masa di luar dengan setiap seorang dari mereka..."marah Yuan lagi. Reyna tenung wajah berang Yuan sebelum selak anak rambutnya ke belakang telinga lantas berkata. Kenapa pulak Yuan ni? "Bukan ke awak yang bersungguh nak saya lakukan semua ni?Dan sekarang awak salahkan saya?"tanya Reyna dengan perlahan. Tangan Yuan jatuh ke sisi. Dia pandang Reyna dengan kening mencerlung. "Iya...tapi bukan macam ni...awak sibuk sampai call dan mesej saya awak susah nak balas..!" luah Yuan lagi. Dah memang betul pun. Sejak dua menjak ni dia perhati Reyna selalu keluar pejabat dan luangkan masa dengan Killian tak seperti Reyna lakukan. Hal tu buatkan dia jengkel. Rasa macam dipulaukan pun ada. "Awak dah berkahwin Yuan...dah ada isteri. Dan akan mempunyai anak tak lama lagi... Kenapa awak peduli akan urusan saya?"balas Reyna dengan kening berkerut tak faham. "Sebab siapa saya dalam situasi ni sekarang?"Yuan tunjuk dada dia dengan bengang. "Beritahu saya sebab siapa?"mata lelaki itu kemerahan. Mac 2020
Kalau Sudah Tertakdir | C  от Qeyraaaaa_
44 Части Завершенная история
SINOPSIS Hera Qistina-gadis yang selama ini hidup dalam kebahagiaan bersama keluarganya, tiba-tiba terpaksa menelan hakikat bahawa dia bukan siapa-siapa. Bukan anak kandung, bukan waris sebenar, dan bukan sesiapa yang berhak berada dalam keluarga itu. Lebih menyakitkan, orang yang menghancurkan dunianya adalah lelaki yang selama ini dia percayai-Tengku Aydan Iskandar. "Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je, sedangkan aku anak kandung sebenar. Kau bukan Hera Qistina binti Tengku Mokhtar. Kau cuma Hera Qistina binti Nizam." Kata-kata itu membina tembok kebencian antara mereka. Dendam yang membara dalam diri Tengku Aydan membuatkan Hera menjadi mangsa. Satu demi satu keperitan menimpanya, seolah-olah dia tidak layak untuk mengecapi kebahagiaan. Dia dipersalahkan, dihina, dan akhirnya dikorbankan dalam sebuah perkahwinan yang tidak pernah diimpikannya. Bagi Hera, perkahwinan itu adalah perangkap. Baginya, Tengku Aydan mahu menghancurkan hidupnya perlahan-lahan. Dia cuba melawan, cuba membenci, tetapi hatinya sendiri yang terseksa. Setiap detik bersamanya adalah penyeksaan, namun entah mengapa, ada rasa lain yang semakin menyesakkan dadanya. "Kau? Pertama kali kau guna panggilan tu. Kau... kau betul-betul dah bencikan aku?" - TENGKU AYDAN ISKANDAR "Infinity. That's how much I hate you!" - HERA QISTINA Namun, dalam kemelut yang tidak berpenghujung, ada satu hati lagi yang menanggung lara-Sara Edlina, kembarnya sendiri. Walaupun mereka lahir dari rahim yang sama, mereka tidak pernah memiliki nasib yang serupa. Jika Hera terperangkap dalam perkahwinan, Sara pula terperangkap dalam perasaan. Satu-satunya lelaki yang dia cinta hanya memandang Hera. Hera sudah terlalu penat dengan takdirnya. Setiap langkah terasa seperti menuju kehancuran. Mampukah dia bertahan dalam rumah tangga yang dipenuhi dengan kebencian? Atau, adakah hatinya sendiri yang akan mengkhianati semua perasaan itu?
Вам также может понравиться
Slide 1 of 10
Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband [C] cover
Hati Yang Tersakiti (Complete)  cover
C || Amaya Edlyn cover
7. Forever I'm For Yours cover
Mr Husband My Crush [C]  cover
SUAMI AKU MR. ARIFF? | C cover
Kalau Sudah Tertakdir | C  cover
Keith's Toys cover
Orphans©️ cover
MY DARLING DARLINA (OG) cover

Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband [C]

27 Части Завершенная история

Tajuk: Tengku Rafael Zafran: Obsessed Husband Genre: Dark Romance | Obsession | Sad Love SINOPSIS Aleesya Safiya tidak pernah meminta untuk dijodohkan, apatah lagi dengan lelaki yang membencinya sepenuh hati. Tengku Rafael Zafran, lelaki berdarah Sepanyol yang sempurna di mata semua orang, tetapi dingin dan kejam terhadapnya. "Aku takkan pernah cintakan kau. Jangan berangan." Kata-kata itu menjadi luka yang tertanam dalam hati Aleesya. Bagi Rafael, perkahwinan ini hanyalah paksaan. Dia sudah ada kekasih yang dia cintai, dan Aleesya hanyalah beban dalam hidupnya. Dia mengabaikan Aleesya, melukakan hatinya, dan membiarkan gadis itu menangis dalam senyap. Namun, semuanya berubah pada satu saat. Saat Rafael kehilangan Aleesya. Dari kebencian, perasaan itu bertukar menjadi obsesi. Rafael mula menginginkannya, merinduinya, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Aleesya tidak meninggalkannya. Tetapi, bagaimana jika hati Aleesya sudah mati untuk Rafael? Dan lebih penting lagi-adakah Rafael mampu mendapatkan kembali cinta yang dia sendiri telah hancurkan?