Mengisahkan cerita tentang dunia perisikan . Nina seorang anak sulung kepada 'Ketua Agensi Perisikan 'iaitu ayahnya orang yang berpengaruh digelar Tuan Besar Zali. Mereka yg ditugaskan untuk melindungi dan menjaga ketenteraman negara dari ancaman penjahat. Agensi ini dirahsiakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan mereka menjalankan misi dengan senyap tanpa pengetahuan orang luar. Nina serta ejen lain yg terlatih banyak menyelesaikan misi begitu juga dengan adiknya yang juga ejen perisikan meskipun nyawa selalu dalam bahaya ibarat di hujung tanduk . Hasil nya agensi itu dibayar oleh kerajaan disebabkan usaha mereka yang telah menghapuskan penjenayah.Ayah Nina menjadi orang atasan yang paling dihormati dan terkaya sejak itu. Namun, ayahnya menyuruh Nina untuk ditugaskan dalam menyelesaikan satu misi yang sangat penting dan risiko nya amatlah tinggi.Nina terpaksa merantau jauh dari negaranya demi satu misi diikuti juga dengan adiknya bagi membantunya penyiasatan.Disana Nina terpaksa menyamar seperti pelajar biasa di sebuah sekolah menengah supaya tidak diketahui akan tujuannya di sana.Berlainan pula dengan adiknya yang ditempatkan berlainan sekolah untuk memantau keadaan jika sesuatu yang mencurigakan. Pada saat saat akhir , Nina buntu disebabkan terima ugutan dan ancaman musuh yang mahu membahayakan keluarganya ketika misinya hampir berjaya.Apakah rahsia disebalik sekolah itu ?Adakah Nina dapat menyelesaikan misi meskipun diberi pilihan antara keluarga ataupun orang lain?Sesungguhnya setiap perlawanan mesti ada nyawa yang menjadi galang gantinya.All Rights Reserved