Kisah biasa-biasa antara Tuan Rafeq dan Humaira dari naskhah BERIKAN KESEMPATAN dipanjangkan lagi. Walau berkahwin tanpa sebaris kata cinta, takdir yang tertulis buat mereka semuanya yang manis-manis saja. Mereka bahagia dan mahu kekal bahagia selamanya. Tapi tak ada jaminan mengatakan apa yang kita miliki akan kekal menjadi milik kita. "Maira nak kita berpisah." - Humaira. "Tapi, kenapa? Hidup kita bahagia saja, kan?" - Tuan Rafeq. Permintaan Humaira saat mereka sedang menyulam bahagia buat Tuan Rafeq terduduk. Apa sebenarnya yang menyebabkan Humaira meminta untuk berpisah sedangkan hidup mereka baik-baik saja? Apa pula tindakan Tuan Rafeq untuk menghalang Humaira agar tidak pergi dari hidupnya? Bahagia yang diuji, penawarnya adalah cinta. Tapi, sebanyak mana cinta di hati mereka sebenarnya?