Kisah pertemuan Damia dan Haziq yang begitu unik. Permulaan dengan kesalahan fahaman dan nasib tidak baik. "Kahwin dengan saya." Damia Hanisa Mendengar ayat keramat itu buatkan Haziq terus pengsan dalam restoran. Panik Damia dibuatnya. Baru tiga hari kenal dah ajak kahwin? Memang gilalah kan. "Awak ni memang betul-betul alien ke?" Haziq Farhain. Masih dengan syakwasangka. Gadis yang memperkenalkan diri sebagai alien di awal perkenalan mereka. Perjumpaan dengan keluarga alien di kampung Pluto benar-benar buat Haziq pening. Baru hendak menyulam bahagia derita pula menjelang tiba. Kembalinya Hazim, kembar Haziq yang lama hilang membuat semua keadaan kacau bilau. "Aku akan pastikan kau menderita Haziq! Damia akan jadi milik aku selamanya." Hazim Farhain. Siapa Hazim dalam hidup Damia? Kenapa Haziq rasakan Hazim bukanlah kembarnya? Ke mana Hazim menghilang selama ini. Apakah mampu Haziq mempertahankan rumah tangganya yang mula goyah bila Damia mula dingin dek kerana salah faham yang dilakukan Maria. Siapa Maria dalam hidup suaminya itu?All Rights Reserved
1 part