12 parts Complete [Terbit 2024]✓
Diari, penuh tentang Si Bulan. Tapi masih perlu cuba untuk menelan realiti, bahawa diri ini adalah milik Si Bintang.
Setiap bait cinta,
Setiap gelora rindu,
Selagi Si Bulan hidup di hatinya, selagi itu tidak pernah luntur rasa hangat kasihnya. Walaupun jasad sudah lama meninggalkan. Dia masih terasa hangatnya.
Sampai tidak sedar ada hati yang terluka apabila disebut saja nama orang yang sudah tiada. Bintang yang sepatutnya hadir untuk menemaninya, kini malap akibat cahaya dari Bulan terlalu menyinari.
"Tolong, jangan nak samakan aku dengan Furqan! Boleh tak?" - Darwisy Al-Najmi
"Kalau tak sanggup nak sara saya seorang... abang ceraikan saya. Kalau rasa ada saya ni menambahkan beban abang, kenapa abang pilih untuk jadikan saya isteri? Kenapa?" - Chahaya Maya
Tekanan ini perlahan membunuh rasa dalam hati Darwisy. Tetapi, dia teringatkan sesuatu yang dia perlu tahu.
"Apa ni?" -Darwisy Al-Najmi
"Diari ibu." -Nurul Qamar
Perlukah dia mengubah dirinya menjadi 'Furqan' yang sentiasa sempurna di mata Chahaya?
Mampukah Bintang ini menjadi peneman setelah Bulan tiada?