11 parts Ongoing Arjuna dan Amaya.
Seorang selalu dikejar guru disiplin, seorang lagi tokoh pelajar. Bagai langit dengan bumi. Jauh panggang dari api.
Namun perbezaan ini langsung tidak menghalang kedua-duanya menjalin hubungan persahabatan yang erat. Bagi Arjuna, Amaya itu tangan yang menggenggam dan menenangkan saat dirinya dihentam pahit kehidupan.
Walaupun hampir semua orang di sekeliling mereka sering mengusik, Arjuna dan Amaya tetap menafikan sebarang tanggapan.
"We're just friends." - Amaya Adra
"Aku? Suka Amaya? Uish, seram!" - Fiq Arjuna
Begitulah respons mereka. Typical and platonic.
Kemunculan Emeer mula menggugat perasaan Arjuna. Kenapa lelaki itu terlalu sempurna di matanya? Setiap kali dia lihat Emeer dan Amaya berbalas senyuman, saat itulah dadanya dihimpit rasa sesak yang menggila.
"Kau jealous and still in denial? Girl, you better be joking." - Nur Elara
Tak mungkin. Arjuna pasti dia hanya menyukai Amaya sebagai seorang kawan. Maka sebagai seorang kawan yang baik, dia menghulurkan bantuan tatkala Emeer meminta pertolongan.
"Aku nak kenal dia dengan lebih mendalam. Can you help me?" - Emeer Akasya
Tiada masalah. Kacang saja bagi Arjuna. Dia mengetahui hampir segalanya tentang Amaya. Apa yang dia tidak tahu, perbuatannya akan memakan diri sendiri.
Disebabkan satu kesilapan, hubungan mereka terputus begitu sahaja. Amaya menghilang tanpa kerelaan hati, Arjuna pula terus menyalahkan diri sendiri.
Takdir menemukan mereka semula apabila usia sudah menginjak dewasa. Perjalanan hidup masing-masing berbeza, namun kekosongan yang menghuni dua hati itu tetap sama.
Menghidupkan semula persahabatan yang terkubur? Atau hanya membiarkannya kekal sebagai memori yang memudar?