Pernah tak kau tertekan bila usaha kau semuanya sia-sia? Pernah tak kau kecewa bila kau tahu bahawa cita-cita kau langsung tidak akan tercapai?Walaupun kau sudah berusaha sehabis baik? Kau tahu aku siapa? Kau tahu apa yang aku dah lakukan? Tak. Kau tak tahu aku siapa. Ini kisah aku. Tentang bagaimana aku mengubah separuh daripada dunia sampah ni. Tentang bagaimana cerita ini bermula. Tetapi... " Kau bodoh. Perempuan tu langsung tak pandang kau," - Nia. " Kau lebih lemah dari dia. Kewujudan kau tak lebih daripada sekadar menjadi badut," - Rizal. Ya, semua mencemuh aku. Seolah-olah aku ni sampah. Dan pada ketika itulah... " Berusaha. Berusaha sehingga semua memandang kau!" katanya padaku dengan satu senyuman palsu.