Cinta?
Fall in love?
Terkaku?
Tengku Haikal Hakimi, seorang lelaki yang cukup tampan orang nya. Bergaya. Kaya. Senyuman dia mampu menggetarkan jiwa gadis-gadis di luar sana. Tapi malang nya, dia tak pernah bercinta. Berminat pun tidak sama sekali. Dia tak pernah terkaku pabila melihat perempuan. Datang lah beribu model sekalipun, dia tak akan pandang! Sorry to say lah! Dia akan anggap perempuan tu semua seperti angin lalu je. Kalau bercakap tentang cinta, satu hapak pun dia tak tahu. Zero!
Nor Aira Sofiyah, seorang gadis yang baik, rajin, cantik plus cute. Bagi nya, lelaki-lelaki yang tampan, bergaya dan kaya ini, seorang lelaki kasanova dan tak setia pada yang satu. And.. Tak jujur!
Pertemuan tanpa sengaja Tengku Haikal Hakimi dan Nor Aira Sofiyah menghadirkan rasa aneh kepada Tengku Haikal Hakimi. Cinta. Ya, Aira gadis pertama yang mampu membuat dia terkaku. Aira gadis pertama yang terus menembak perasaan cinta hanya melalui pandangan mata.
Sedaya upaya dia cuba memikat hati Nor Aira Sofiyah walaupun sudah berkali-kali ditolak oleh gadis itu.
Dia tetap tidak berputus asa. Akhirnya, dia dapat juga memenangi hati Nor Aira Sofiyah. Di dalam kegembiraan dan kebahagiaan mereka, ada juga yang dengki dan cemburu. Bukan seorang yang dengki dan cemburu dengan kebahagiaan mereka. Bermacam-macam cara dilakukan bagi memisah dan meruntuhkan kebahagiaan mereka. Sampai hampir meragut nyawa salah sorang dari pasangan itu.
Cinta yang diduga dengan pelbagai dugaan, mampukah kekal?
Dapatkah mereka mempertahankan cinta mereka yang baru hendak berputik? Atau mereka akan menoktahkan sahaja cinta mereka? Ikuti kisah Tengku Haikal Hakimi dan Nor Aira Sofiyah di dalam novel
-Jangan Noktahkan Cinta Kita-
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]