Tak pernah terlintas dalam otak Harith , seorang gadis gemuk dan selekeh memendam perasaan kepadanya. Dah la selekeh , gemuk , busuk pula tu dengan cermin mata besar gedabaknya lagi. Geli Harith menengoknya. Malang la siapa yang dapat Ariana a.k.a perempuan badak berendam.
INI HARITH QAISER LA , JANGAN INGAT AKU PLAYBOY SEMUA PEREMPUAN AKU LAYAN !
Tapi bagi Ariana , dia perlu jujur. Saranan mak Aireen dipandang serius walaupun saranan tersebut sekadar gurauan. Ariana nekad , perasaannya pada Harith harus diluahkan. Ala , lagipun lepas SPM mana jumpa lagi kan.
Betul la kata orang , malang tidak boleh dibau. Ariana dimalukan oleh Harith depan semua orang ! Malunya bukan kepalang ! Meruntun hati Ariana.
Ariana nekad membawa diri ke perantauan. Dia nekad mahu berubah. Dia sendiri yang perlu mengubah takdirnya.
Bertahun di negara orang membuatkan Ariana rindu untuk pulang ke tanah air. Kepulangannya memberi kejutan kepada semua , tetapi bukan lelaki yang bernama Harith Qaiser ! Hatinya tetap sama , keras dan sukar diduga.
' Kau ni ke budak gemuk tu ? Masih sama je , muka masih berkerak geli aku ' - Harith
Jodoh itu rahsia Tuhan. Ariana dan Harith diikat tanpa kerelaan masing - masing. Saat cinta mula mekar dijiwa mereka , satu persatu ujian mula melanda. Ariana dilayan tidak ubah seperti hamba sehinggalah lafaz yang merungkai ijab dan kabul mereka terungkap.
' Ariana Sabrina , bersaksikan semua , aku ceraikan kau dengan talak satu ' - Harith
Terkedu Ariana , tapi kala ini dia sendiri yang akan pergi. Terus pergi dari hidup lelaki kejam ini. Tiada setitis pun air matanya mengalir.
Merintihlah ! Menangislah ! Jiwa Ariana tertutup bagi Harith. Peluang yang diberi dipersia , hatinya terluka. Semoga terbuka ruang untuk Harith membukanya.
Beautiful cover by @Han_Aira
Start : 01 January 2020
End :