Mr. Dimple Yang Manis

Mr. Dimple Yang Manis

  • WpView
    Leituras 32,298
  • WpVote
    Votos 2,182
  • WpPart
    Capítulos 36
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização seg, jan 29, 2024
WpInfo
Ficção
Romance
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin... Berbasa-basi tu jangan libatkan Ifti tak boleh ke? Dah la tengah frust menonggeng ni sebab crush tak notice. Huwaaa! "Takpe, aunty... Umar baru je minum sebelum datang sini tadi." Alhamdulillah... dia taknak minum. Jimat tenaga aku. "Mana boleh macam tu... Dah datang rumah aunty mestilah kena jamah air, at least. Dah la panas berdiri kat luar tadi." Mati terus rasa seronok aku yang cuma sempat beberapa saat aje berlangsung lepas dia kata dia taknak minum air tadi. Mama ni la... "Ifti pandai buat teh tarik ais kaw viral tau. Rugi kalau tak rasa." Hah, sudah! Nak bancuh sunquick pun aku dah malas teruk. Inikan pulak nak kena masak uncang-uncang teh atas api, buka tin susu lepastu tarik teh tinggi-tinggi--adoiyaiii... "Yeke, aunty..." Tanpa aku sangka, dia juga mengalihkan pandangan ke arah aku. Mata aku dan dia bertembung. Zapp!! Itu bunyi adrenalin aku yang mencanak-canak naik. Dup! Dup! Dan itu adalah bunyi jantung aku yang sikit lagi nak terkeluar dari dada. Fuh! Fuh! Dan itu adalah bunyi nafas aku yang tak sekata! Semuanya gara-gara apa yang berlaku sekarang. Dia tengah pandang aku dengan bibir yang melebar berpakejkan lesung pipit dalam dipipi dekat depan aku sekarang betul-betul buatkan aku terpana, tak berkutik. Subhanallah... Indahnya ciptaan tuhan... "Kalau macam tu boleh la... Teringin jugak nak rasa teh ais tarik kaw viral di rumah ni." "Okey." Itu bukan suara mama, tapi suara aku. "Nak letak boba pearls tak?" "Eh, bukan boba pearl dah habis ke?" Mama mencelah laju. Ya, dah habis. Tapi kalau dia nak, kaklong sanggup je masuk dapur uli pearl tu sendiri, ma... Semata-mata untuk dia. Untuk dia, Mr Dimple yang manis!
Todos os Direitos Reservados
#4
zhangyixing
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • DIA SEBENARNYA CINTA (VERSI NOVEL)
  • [C] Benci Vs Cinta
  • Yes! I Do (Completed)
  • [COMPLETED] Bukan Suami Tipikal
  • [Completed] Oit! Kahwin Dengan Aku Jom...?
  • FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]

"Encik, saya baru lepas kena rompak." "Hah? Betul ke?" "Betul encik." "Saya nak minta pinjam telefon encik sekejap...sekejap je. Saya nak telefon tunang saya." "Jom saya hantar pergi klinik, tangan awak luka tu." "Tak apa, saya cuma nak pinjam telefon encik." Laju sahaja Dina mendail nombor Nazim. Memang dia sudah menghafal nombor cinta hatinya sejak dulu. "Hello awak." "Dina?" "Awak saya ni." "Ni nombor siapa ni? Awak kat mana? Kenapa suara sedih ni?" "Awak saya kena ragut. Kereta saya kena curi." Terdiam Nazim di talian. Terkejut sudah semestinya. "Awak tunggu kat situ saya datang." Usai meletak panggilan, Dina menghulurkan telefon pada tuan punya badan. "Terima kasih." Lelaki itu hanya mengangguk lalu menyimpan kembali telefonnya. "Tak nak pergi klinik ke? Saya boleh hantar." Pelawanya lagi. "Tak apa, nanti tunang saya datang saya pergi dengan dia. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan encik. " "Awak nak duduk sini ke?" Dina diam. Dipandang sekitar bank yang sunyi. Hanya ada beberapa orang yang lalu lalang. Tiba-tiba terbit rasa takut untuk sendirian lagi. "Jom, duduk di kafe tu. Nanti tunang awak datang boleh nampak." Dina hanya mengangguk lalu mengekori langkah lelaki itu. Dilabuhkan duduknya di luar kafe. "Nak minum?" "Saya tak ada duit nak bayar." "Tak apa, saya bayar." "Nama encik siapa?" Dipandang lelaki yang memakai seluar paras lutut dan t-shirt warna hitam. Dengar daripada percakapan, nampak macam orang luar. "Afzan." CERITA INI SUDAH DITERBITKAN MENJADI NOVEL DI BAWAH TERBITAN KASEH. HARGA RM 28 OR RM 27. BERMINAT BOLEH DAPATKAN MELALUI FACEBOOK KASEH ATAU SHOPEE (kaseharies)

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo