"Kalau sebut pasal pilihan antara kawan atau boyfriend, aku pasti pilih kawan..." - Sofea Syafina berasa agak serba kehilangan apabila mengetahui bahawa sahabat baiknya lebih meluangkan masa dengan teman lelaki daripada dirinya. Qaisarah pula berasa terbeban dan menyesal kerana memberi nombor Sofea kepada Daniel, sungguh dia tidak sangka bahawa Sofea akan mengabaikan Syafina dan dirinya apabila sudah mendapat seorang teman lelaki. 'Memang betul apa yang orang kata... janji hanya manis di mulut, susah untuk melakukannya' fikir kedua-dua sahabat itu. Namun tiada seorang pun yang membicarakannya...