HANYA KAMU

HANYA KAMU

  • WpView
    Reads 162
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jun 10, 2024
Memiliki perasaan suka dan cinta itu adalah fitrah bagi manusia. Cinta dalam diam sebagaimana layaknya cinta Saidatina Fatimah kepada Saidina Ali. Liyana Hayfa, seorang wanita muslimah yang berusaha menjaga maruah dan hatinya daripada tertarik kepada ajnabi. Namun, perasaan yang hadir secara tidak terduga ketika di universiti telah membuatnya tidak keruan. Kehadiran si dia sering memberikan getaran di hati. Tambah pula dengan perilaku akhlak si dia yang telah menarik perhatiannya. Namun secara diam, Liyana menyimpan perasaan itu dalam sebuah doa mengharapkan yang terbaik dari Yang Esa. Liyana percaya dengan hikmah yang Allah sediakan selepas kematian arwah ayahnya. Hikmah Allah mempertemukan kembali dia dengan Syed Fattah, seorang lelaki ibarat Saidina Ali yang sudah mengunci pintu hatinya untuk si dia. "Tak payah panggil Sir. It's okay. We know each other." - Syed Fattah "Ok. Tapi, bukan awak ke yang pemalu dulu?" - Liyana Hayfa "Dulu? Ohh, awak selalu stalk saya eh?" - Syed Fattah "Eh mana ada lah!" - Liyana Hayfa Hati seorang Syed Fattah pula bagai dijaga rapi oleh Allah. Tiada satu wanita pun yang berjaya membuka pintu hatinya selain sang gadis idaman ibarat Saidatina Fatimah. Cintanya suci sehingga lamarannya dijatuhkan kepada salah satu hari dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. "Saya mahu memilih awak sebahagian dari hidup saya kerana Allah." - Syed Fattah Pertunangan mengikat mereka. Namun, hati manusia tidak selalu kekal dan fasa pertunangan ibarat ombak yang sentiasa menderu datang membawa khabar yang tidak enak. Balqis, seorang doktor muslimah yang turut menaruh perasaan terhadap Fattah sanggup meneruskan khidmatnya di Hospital Kuala Lumpur dek mahu memenangi hati lelaki itu. Seribu satu ujian menimpa mereka sehingga tiada lagi keyakinan cinta pada hati mereka.
All Rights Reserved
#659
malaystory
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 {𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍}
  • ONCE AGAIN BY T. NOIRE
  • Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT
  • Make Her My Naseeb | C |
  • Takdir Terindahku √
  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • Jagalah Hatinya
  • INTRIGUE CINTA ZARIF
  • Ku Milikmu

"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Tuan Nuh Fateh | Raisha Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki yang berlagak? Pun salah. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman, tak lokek dalam membantu sesiapa saja dan 'kesempurnaan' sikapnya itu menjadi faktor kemusnahan rumah tangganya. Kini, dia bergelar duda yang sangat hangat di pasaran. Raisha binti Azman. Bekas isteri kepada salah seorang jutawan muda, Tuan Nuh Fateh. Hanya disebabkan perasaan cemburu butanya yang sukar dikawal, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan lelaki itu. Meskipun sukar lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang menjadi ibu tunggal kepada puteri mereka. Dunianya menjadi tunggang terbalik apabila dia bekerja di syarikat bekas suaminya dan menjadi pembantu peribadi kepada Tuan Nuh Fateh. Lari ceruk mana pun mereka tetap bertemu. "Somehow I rasa sangsi, you memang cinta mati dengan I ke sampai you minta kerja dekat sini?" -Fateh. Hari demi hari, bulan berganti bulan, pasangan yang telah berpisah itu tidak dapat menafikan bahawa mereka saling memerlukan. "Maaf, Fateh. Sekarang I sedar..."

More details
WpActionLinkContent Guidelines