-Tiada akhir selain kau- "Kalau nak tahu lelaki yang berusia ni lebih handsome daripada orang muda tau." - Ainul Daria Hanya sekadar meminati, tidak disangka sehingga memendam sebuah perasaan cinta didalam hati. Hari berganti hari, perasaan yang dipendam tidak pernah luntur miskipun telah hampir 10 tahun Ainul Daria meminati jejaka yang tidak pernah diketahui namanya. " Maaf sebab ambil masa yang lama untuk faham maksud awak sebelum ini" - Iman Hakim 10 tahun yang lepas, si jejaka tidak pernah mengetahui bahawa dirinya sering diperhatikan oleh si dara. Sering kali hatinya terdetik bahawa terdapat mata asing yang sering memandangnya. Dia hanya berangggapan itu hanya ilusi tanpa mengetahui disebalik kejadian tersebut.