39 parts Ongoing Disebalik senyuman, pasti ada maknanya yang tersembunyi. Begitu juga dengan Amierul Irsyad. Walaupun percakapan dan layanannya tidak dapat disembunyikan makna tersembunyinya, tetapi Syaqila Ameera seperti tidak melihatnya.
Apa yang dia lihat hanyalah perasaannya terhadap Afiq Nazri. Ketika dia susah, ketika dia sedih, tidak asing baginya untuk meluahkan semua cerita hidupnya kepada Afiq. Cuma satu sahaja perkara yang belum dia luahkan kepada Afiq, cinta.
Terasa seperti tidak diperlukan di dalam hidup Ameera, Mierul pergi bersama hati yang masih tersisa perasaan itu. Dalam masa yang sama, dia didesak untuk mengambil Camelia Humaira sebagai pasangan hidupnya.
Walaupun Ameera hampir mengecap kebahagiaan, tetapi hatinya terasa kosong ketika dia tidak lagi menatap wajah Mierul. Ternyata dia terasa bahagia bersama dengan lelaki itu.
Jika berpaling, dia tidak perasaan. Jika mengundur, dia tidak mengenal. Masihkah ada senyuman yang tersisa pada bibir Mierul?
⚠️ Perhatian ⚠️
Cerita dan watak hanyalah reka dan imaginasi penulis sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup
ataupun yang sudah meninggal dunia. Terima kasih sudah menjenguk novel ini walaupun hanya membaca description sahaja.