Aku gemuk. Aku hodoh. Aku sedar itu semua tetapi itu bukan sebab untuk aku dipermalukan oleh Jungkook. Aku yang kecewa telah mengambil keputusan untuk menutup sahaja buku hidupku tetapi Suga, si pakcik cleaner sekolahku yang rupanya seorang dewa dalam diam tidak berfikir begitu. Aku telah diberi peluang kedua untuk hidup kembali. Membetulkan segala yang salah, meluruskan segala yang bengkok. Namun, ternyata ianya bukan mudah. Kerana peluang kedua ini melibatkan dunia yang aku sendiri tidak fahami. Rasa hati yang aku sendiri tidak pasti. Rasa hati yang aku gelar sebagai, CINTA. "Do you know what is the meaning of pink Carnation, Hye-Mi?" soal Suga sambil memandang jauh ke arah ladang bunga merah jambu yang disebutnya itu tadi. Aku yang sememangnya tak pernah ada minat mendalam untuk mengkaji maksud bunga menggelengkan kepalaku. "Entah... Apa maksudnya?" Aku memandang dewa perang itu. "It means I will never forget you," balasnya lembut sambil pandangannya dialihkan ke arahku. Start: 20 June 2019 End: -pending- ps: aku memang suka taip benda mengarut2 fantasy macam ni. agak2 nak baca, bacalah 😂😂😂All Rights Reserved