[ TO BE CONTINUED ] "Wǒ xǐhuān nǐ! (Saya suka awak!)" jerit Aulia dengan tangan yang digenggam. Dalam hatinya, bukan setakat 'haraplah tak kena friendzone' tetapi sebutannya tadi. Nanti salah, lepas tu lain maksud. Aulia sudah bersedia untuk gali kubur. Zhi Jian memandang ke belakang lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Dengan tangan yang masih di poket, dia mendekati Aulia. Rúguǒ wǒ ài nǐ, nà zěnme yàng?(Bagaimana jika saya cintakan awak?)" Mereka berbeza kaum, berbeza darjat, berbeza perwatakan tetapi itu tidak menghalang Aulia menyimpan perasaan terhadap lelaki cina bernama Wang Zhi Jian. Dapatkah Aulia memenangi hati lelaki itu walaupun mereka seperti langit dengan bumi? Adakah cintanya bertepuk sebelah tangan ataupun tidak? •CikHoneydew, 2019