Takdir bukanlah kebetulan mahupun nasib. Tetapi takdir adalah permulaan sebuah kehidupan. Permulaan sebuah kedukaan. Permulaan sebuah kisah. Permulaan sebuah cinta. Dan Ini adalah kisah Warkah Kasih Ariyana ................................. Hari yang dinantikan telah tiba buat insan yang bakal bergelar isteri ini. Nur Ariyana Natasya. Detik yang dinantikan bakal tiba. Suatu masa yang sudah pasti menjadi titik mula kehidupan baru. Kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan bagi siapa sahaja yang pernah melaluinya. Kehidupan ini juga mungkin suatu yang buruk namun inilah realiti sebenar kehidupan rumah tangga. Ariyana menanti dengan sabar. Wajah putihnya menghiasi ruang ketenangan ketika ini. Bibir lembut nya dioles perlahan jurusolek. Dia hanya perlu diam sudah cukup mudah buat jurusolek melakukan tugasnya. "Isha, kau ada nampak Naqi tak?" Soal Ariyana kepada sepupunya yang juga merangkap sahabat baiknya. "Naqi! Housemate Azril tu kan?" Balas Nisya "Ya housemate Azril ." Kepalanya mengangguk sambil wajahnya ditacap oleh jurusolek. "Dia dah sampai dah. Kat bawah tu." Balas Nisya "Kenapa kau tanya dia?" Soal Nisya lagi. "Tak! macam ni cerita dia, aku call and text Azril tapi dia tak balas. Ini yang aku risau ni. Tapi kalau dah si Naqi tu dah ada kat bawah rasanya kejap lagi Azril sampai lah tu." Jelas Ariyana panjang.