*** 48 jam? Mampukah kau bertahan hidup sepanjang 48 jam apabila dunia mengisytiharkan bahawa setiap jenayah tidak lagi salah disisi undang-undang. Pemimpin hilang kuasa, Pembunuhan berleluasa, Banduan dilepaskan, Perompakan berterusan. Huru-hara di seluruh dunia. Di sisi manakah kau mahu berada? Sisi jahat sedangkan mereka sudah berjaya membunuh keluarga kau namun kau tak boleh menuntut keadilan kerana selepas 48 jam, setiap jenayah yang berlaku akan dianggap tidak wujud? Atau sisi baik, di mana kau cuba untuk mengembalikan keadilan kepada dunia? Tapi mampukah kau? Pilih atau mati.