46 parts Complete MatureSinopsis Thantophobia ?
Pang!
Terkedu Nilofar saat pipinya kebas ditampar Tan Sri Muhaimin.
"Aku tak nak lagi tengok muka kau dalam rumah ni. Keluar!"
"Abah, Nilofar cuma..."
"Nilofar, abah suruh kamu pergi. Pergi. Jangan susahkan lagi hati dia."
"Tapi, ni semua."
"Pergi! Jangan panggil aku abah. Aku bukan abah kau. Dasar anak tak guna! Aku suruh belajar kau pergi meliar sana sini. Degil! Dah bunting anak seorang baru nak menangis minta maaf. Pergi!"
Nilofar mendukung Farhana dan berlalu keluar dari villa milik abahnya. Abah yang dia sayang sudah membenci dan adiknya Nifara juga sama. Tapi, untuk menghantar Farhana ke rumah anak yatim bukan satu jalan yang betul. Biarlah dia menjaga anak kecil ni.
???
"Farhana... Ibu tengah menulis ni sayang." Anak kecil itu tersenyum menggigit mainannya. Mahu ajak aku bermain.
"Ok, ibu stop work." Aku baring dan meletakkan Farhana diatas dadaku. Punggung kecilnya ditepuk-tepuk perlahan. Bibir mengalunkan selawat.
Comel melihat dia menguap. Jariku menutup bibir kecil itu. Mata Farhana sayup-sayup ingin tutup.
???
All rights reserved.
No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of CKK @ Atul Aisy.
©CKK @ Atul Aisy 2018