BINTANG GEMERLAPAN. Puitis dan indah kan. Namun siapa sangka segaris ayat ini adalah nama sebuah sekolah elit di sebuah bandar metropolitan dan lokasinya agak jauh ke dalam menghampiri kawasan luar bandar. Diberi nama Sekolah Bintang Gemerlapan kerana misinya ingin sekolah itu terus maju dan bersinar bak bintang di langit. Begitulah yang disampaikan secara turun temurun oleh sekolah berprestij dan cemerlang itu. Diasaskan oleh Haji Rustam Abdul Rahim pada tahun 1976, Bintang Gemerlapan terus mencipta nama dengan gah dan bangga. Habibah, seorang gadis kampung yang berpindah ke sekolah itu setelah dibiayai oleh usahawan yang terkenal, punca muslihat dan rahsia sekolah yang disimpan berdekad lamanya terbongkar sedikit demi sedikit. Penganiayaan, penindasan dan kejahatan. Dan lagi lagi dan lagi. Maisara, guru muda bersemangat waja dalam dunia pendidikan mulai tawar hati dengan sekolah ini. Semuanya serba tidak kena. Satu - persatu terungkap. Kisah demi kisah. Rahsia demi rahsia. Di sebalik Bintang Gemerlapan, ada kisah hitam yang tersimpan. Ada dendam yang tidak terlunas. Ada jiwa yang menuntut pembelaan dan keadilan. Dan Habibah yang kerdil, mampukah menemui kebenaran yang tersembunyi di sebaliknya? Maisara yang berjiwa besar, akankah terus menyerah? Kerana Bintang Gemerlapan. Cukup misteri dan rahsia
6 parts