[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu tidak mungkin. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak buat keputusan hadap sajalah. "Kau cakap kau nak tendang muka aku masa akad nikah kalau aku tak kacak. Sekarang kita dah habis sanding dah pun, tapi kau tak tendang muka aku. Maknanya aku kacaklah, kan Esha...yang?" Senyuman sinis terlakar di bibirnya. Kata 'Eshayang' sengaja ditekan. "Aku sebat muka kau dengan selipar sekarang!" -Eshal Naurah. Bagaimana pula saat seorang jejaka yang nakal dan suka mengusik bertemu dengannya? "Aku cakap lepas!" Genggaman rambut masing-masing masih kuat. Langsung tiada yang mahu mengalah. "Jangan harap selagi kau tak lepaskan rambut aku dulu!" "Botak sama-sama ajelah!" "Kau botak bolehlah pakai tudung. Aku botak, nak pakai apa!" "Pakailah serban!" Pergaduhan yang tidak tahu di mana kesudahannya.... *BIDADARI HAQIF LUTHFI* Apa yang diidamkan, hancur. Kebencian seseorang mengubah realiti menjadi kejam. Namun, Haqif Luthfi masih teguh dengan janjinya. "Selamanya, awak bidadari abang. Tiada dua atau ganti." IDEA : 2021 TARIKH : 14|03|2023 - 04|04|2024