Seharusnya mereka bahagia bersama pasangan masing-masing pada majlis ijab dan qabul itu. Tetapi lain pula jadinya apabila pengantin perempuan bagi majlis pertama dan pengantin lelaki bagi majlis kedua , tidak memunculkan diri pada saat yang penting itu. Hal ini membuatkan pengantin perempuan majlis kedua , Nur Hani Sofea merayu-rayu kepada seorang lelaki yang berjalan melintasinya ketika dia termenung di luar masjid. Rupa-rupanya lelaki itu ialah pengantin lelaki majlis pertama. Oleh kerana masing-masing terdesak , mereka melangsungkan juga ijab dan qabul itu. Maka , bermulalah kisah antara seorang gadis kampung yang biasa dengan seorang Tengku yang kaya-raya. Bolehkah mereka bahagia seperti pasangan yang lain ? THE UNEXPECTED MARRIAGE bakal merungkai semuanya.
19 parts