RATU BERSIONG

RATU BERSIONG

  • WpView
    Reads 176
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Aug 10, 2019
A Fairytale Without An Ending Ratu Bersiong . Cantik menawan dengan sepasang taring tajam yang menyerlah di sebalik seringai ngerinya . Beratus-ratus darah segar dihirup , mencarik daging-daging yang masih merah , mematahkan tulang temulang dan menggigit leher-leher manusia . Dia yang hidup diterajui sumpahan . Berjalan megah di atas hamparan mayat . Beristanakan rangka tulang dan berlantaikan daging manusia . Darah menjadi santapan rujinya . Satu gigitan siongnya berharga satu nyawa . Tiada siapa tahu asalnya , Tiada siapa kenal namanya . Tiada siapa pernah terlepas dari cengkamannya . Hati-hati , kau mungkin akan terperangkap . ---
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]
  • Belang
  • Sumpahan Rosmera
  • Broken Bodies (21+)
  • SEKOLAH MALAM:Gerbang ke Arwah
  • AISARA (COMPLETED) βœ”
  • PRINCE
  • The King's Bride | NOVEL & EBOOK
  • NARCISSUS : Bayangan Ratu
  • HALF BLOOD βœ“  (dalam process revamp)

TAJUK: SUMPAHAN SI PARI PARI NUKILAN: SUZIE aka CHA sinopsis MIYA seorang pari tercantik di istana Dulches, dia sangat terkenal dengan budi bahasa dan kebaikan hatinya. Ayahnya adalah raja segala pari di dalam kerajaan Pari Pari. Ayahnya baru sahaja mengahwini, Pari Morgana. Sungguhpun Miya tidak bersetuju dengan keputusan ayahnya, namun dia tidak dapat menghalang kerana ayahnya telah nekad. Pari Morgana telah membuat helah agar, Miya diusir dari kerajaan Pari. Pari Morgana mempunyai niat jahat untuk menguasai kerajaan Pari dan dia tahu, Miya akan menjadi penghalang. Pari Morgana telah mengarahkan suruhannya untuk mengambil kayu sakti dan serbuk sakti Miya, lalu membuangnya ke dunia manusia biasa. Setelah kehilangan semua kuasa saktinya, Pari Morgana menghasut Raja Pari iaitu, ayah Miya. Pari yang telah kehilangan kuasa tidak layak lagi untuk tinggal di dalam kerajaan Pari, dan Miya telah diusir lalu dihantar ke dunia manusia. Bukan hanya diusir oleh ayahnya, tetapi ayahnya juga telah menyumpah Miya menjadi seorang manusia yang paling hodoh! Tubuhnya dipenuhi tompokan merah darah dan berbonggol kecil di belakangnya. Fikiran ayahnya telah diracuni oleh ibu tirinya. Tidak ada lagi kasih sayang dan belas kasihan di dalam hati ayahnya. Sumpahan Miya akan berakhir apabila dia menemui kayu sakti dan serbuk saktinya. Seorang pari tercantik yang disumpah menjadi manusia paling terhodoh itu, telah jatuh hati kepada seorang lelaki manusia biasa yang sangat angkuh dengan ketampanannya. Dapatkah Miya mengembalikan kecantikkannya, dan sekaligus mendapatkan cinta sejatinya? Ikuti kisah Miya di dalam cerita ini. ~ORIGINAL STORY BY SUZIEakaCHA~

More details
WpActionLinkContent Guidelines