Oh My Husband

Oh My Husband

  • WpView
    Reads 482,928
  • WpVote
    Votes 13,728
  • WpPart
    Parts 110
WpMetadataReadComplete Tue, Mar 18, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kepada abangnya. Namun Hani pendam. Dia tak nak kerana dia, abangnya dan kawan baiknya bergaduh. Hani cuba melupakan Ryan bila mendapat tahu lelaki itu mempunyai teman wanita. Dia cuma mencintai kawan sekelasnya namun gagal kerana Ryan terlalu baik buatnya. Malah membawanya ke Ipoh. "Hujung minggu jalan-jalan ke Ipoh."- Ryan. Hani bersetuju sahaja tanpa berfikir panjang. Dia tidak tahu bahawa lelaki itu ingin menyelamatkan dia dari menjadi mangsa Zarif. Pada hari yang sama Zarif telah ditangkap basah. Layanan Ryan terhadapnya membuatkan Hani jatuh cinta dekat lelaki itu dan menerima pinangan dari lelaki itu. Akhirnya mereka berkahwin juga. Banyak halangan yang mereka hadapi sepanjang perkahwinan mereka. Namun suatu hari Puteri muncul kembali. Apabila Ryan mendapat tahu bahawa Puteri mempunyai penyakit dia membantu gadis itu sehingga sembuh. Namun kebaikan Ryan itu telah disalah anggap oleh Hani kerana suaminya itu sering kali pulang lewat dan jarang bercakap dengannya. Apabila ditanya Ryan pasti akan memberi alasan yang sama. Tapi semuanya terbongkar apabila Hani ternampak gambar suaminya dan Puteri di galeri telefon milik Ryan dan menyebabkan kepercayaan Hani terhadap Ryan mula hilang. Dia kemudian bertindak keluar dari rumah dan kembali semula ke rumah keluarganya. Hari demi hari Ryan memujuk namun hatinya telah tertutup. Tapi suatu hari Hani terpaksa juga kembali semula disisi suaminya. Persoalannya mengapakah Ryan sanggup menipu dirinya dan apakah punca Hani kembali semula kepada suaminya? Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan tersebut? ⚠DILARANG MENCIPLAK, MENIRU ATAU MENCURI IDEA DAN JUGA JALAN CERITA BUKU INI⚠ ⚠100% IDEA PENULIS⚠
All Rights Reserved
#490
romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Hati Yang Tersakiti (Complete)
  • Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)
  • Rahsia Takdir Antara Kita
  • MI CUORE (OG)
  • ✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀
  • Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?
  • KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (COMPLETED)
  • Bukan Aku (Complete)
  • The Revival of Love (Completed)
  • MRS. RAYYAN ✔
  • KCADD 2
  • [COMPLETED] ANNA (REVAMP)
  • Bukan Sekadar Cinta
  • Hayden Zafran [OG]
  • I Like You | ✔
  • CINTA YANG TERTANGGUH
  • BAHAGIA UNTUK IZAMMIL | unedited

"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣

More details
WpActionLinkContent Guidelines