Tajuk: Anak Tuan Rumah
Penulis: Orked V.
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-138-7
Halaman : 608
Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Ogos 2019
Perpisahannya dengan Rozlyn memberikan impak yang besar kepada Nizar sehingga menyebabkan dia dipindahkan tempat kerjanya dari HQ ke cawangan Tanjong Karang sebagai pengurus. Dia akur kerana itu silapnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia move on! Namun, di sana dia bertemu pula dengan Sufi yang sering buat kepalanya pusing.
"Sakit ke, Encik Nizar?"
"Awak rasa kalau kena pukul dengan batang mop dekat kepala tu sakit ke tak?"
"Tapi tak keluar darah, kan?"
"Oh, kalau tak keluar darah tu maknanya tak sakitlah, ya?"
Sufi, anak tuan rumah yang Nizar sewa, yang juga merupakan pekerjanya sering mencuit hati
Nizar. Pada Nizar, dia tidak lagi mahu jatuh cinta apabila sudah dua kali dia kecundang
dalam percintaan.
"We are patner in crime now." - Sufi
Bermula menjadi partner dalam menjalankan misi untuk menyatukan Sufi dan Haris, perhubungan Nizar dan Sufi menjadi semakin rapat. Pada Sufi, Haris merupakan cinta
pertamanya sejak dari bangku sekolah lagi. Tak salah jika dia mencuba sebelum mengalah.
Namun, lain pula yang dirasai oleh Nizar tatkala menerima kad jemputan perkahwinan Haris
dan pasangannya yakni bukanlah Si Sufi. Dia gundah. Hatinya sering memikirkan tentang
perasaan gadis itu. Dalam tak sedar, dia akui dalam hatinya ada tempat buat Sufi.
"Kalau pun saya stres dan patah hati, kenapa Encik Nizar sibuk nak risau pula?"
"Saya dah rasa pengalaman perit macam tu dua kali. Saya tak nak awak pun rasa macam tu."
"Encik Nizar sukakan saya ke?"
Dalam cerita hidup Sufi, mungkin dia dan Nizar tiada jodoh dan cerita mereka berdua habis setakat itu sahaja. Tapi hidup ini kan penuh kejutan. Masih adakah ruang dalam hati Sufi buat Nizar?
'I was enchanted to meet you'
Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kejayaan sehingga mempertaruhkan tahap kesihatan mentalnya sendiri. Sehinggalah suatu saat, pertemuannya dengan lelaki itu mengubah segala galanya.
"When I see you, I always feel calm for no reason. You made my day just by exist." - QAIRA ALANA.
Seindah itu kah kisah perjalanan mereka? Adakah cinta Qaira tidak akan terbalas sehingga ke akhirnya? Kenapa di saat Rifqi mula menerimanya, pelbagai masalah dan salah faham mula timbul?? Apa sebenarnya erti bahagia? Adakah dia tidak layak untuk bahagia seperti orang lain?
"Hidup memerlukan perjuangan, tak ada salahnya kita berjuang demi kebahagiaan sendiri" - TENGKU RIFQI AYDEEN.
....maybe happiness is not for me...?
⚠️ One bowl of sugar
⚠️ Harsh and sarcsm words
⚠️ Two cups of Violence
⚠️ No plagiarism