Tengku Asyraf Alfian suka Amiya Izara sejak dari kecil lagi, tapi Miya tak pernah membalas cinta Pian. Satu hari, Pian memperkenalkan sepupunya Tengku Reza Ezrani kepada Amiya Izara lalu gadis itu jatuh cinta pula dengan sepupu Tengku Aysraf Alfian. Mereka berpisah dan bertemu kembali setelah meningkat dewasa. Semasa berjauhan, Reza mengalami kemalangan dan hilang ingatan lalu Pian mengambil kesempatan itu untuk mendapatkan cinta Miya. Pian mahu mengatakan bahawa dia adalah Reza dan Reza itu adalah Pian. Tetapi, niat itu langsung tertahan bila dia tidak berhasil menemukan Miya. Apalagi laporan kesihatan tentang Reza ternyata semua hanya palsu. Sesuatu yang buruk telah terjadi pada hidup Miya dan kedua sahabatnya itu tidak mengetahui apa yang telah dilalui gadis itu. Semua terjadi saat mereka berada jauh dari Miya. Miya kehilangan keluarga, harta dan sahabat buatkan dunia Miya menjadi gelap. Hilang tempat bergantung, hanya mengharapkan kasih dari Illahi. Takdir mempertemukan mereka kembali dengan identiti yang berbeza sehingga mereka gagal mengenali satu sama lain. Dan mula menimbulkan sengketa di antara mereka. Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang telah terjadi pada Miya. Kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal memaksakan Miya untuk menerima tawaran pekerjaan dari Pian. Campur tangan dari sepupu Pian, iaitu Reza, buatkan Miya rasa bahawa dunia gelap itu akan segera menjelma kembali.
29 parts